Thursday, June 25, 2009

anak seni singapura

Suatu ketika dulu Singapura sangat terkenal dengan anak-anak seni yang berbakat dan berkaliber. kalau kita lihat kembali filem-filem klasik waktu zaman P.Ramlee, hampir kesemua pelakon-pelakonnya mempunyai ciri dan keunikan yang tersendiri.

Contohnya, jika kita lihat lakonan Siti Tanjung Perak, menghidupkan watak didalam sesuatu cerita. Gayanya yang selamba, kata-katanya yang suka menyindir dan mimik muka yang garang, kadang pula penyayang berjaya mencerminkan sifat 'ibu-ibu' ketika itu.
Filem klasik VS Filem melayu pada hari ini ? Cuma ada dua hal yang aku fikirkan.

1) Pelakon yang berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.
2) Filem-filem yang paling disenangi orang Melayu kita dari masa ke masa.

Dari bunyinya memang lah mudah. Tapi untuk mendapatkannya, Masyaallah,memang susah.
Barisan pelakon-pelakon handal bukan sahaja dapat kita lihat pada era P.Ramlee saja.
Cuba lungsuri kembali era 90an , aku berani untuk mengatakan drama-drama melayu tempatan pada waktu itu tidak kurang hebatnya. Hebat dalam erti kata, jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakonnya yang sangat berbakat. Muka-muka yang biasa kita lihat pada waktu itu seperti Jorah Ahmad, Mahadi Syor, Azhar Norlesta, Sahfudin Mahfudz,Seri Wahyuni Jaes sering mewarnai kaca televisyen kita. Aku senang menonton drama melayu pada waktu itu kerana sepertinya pelakon-pelakon itu sangat menghayati watak yang dibawakan. Memang tidak dinafikan lagi, memang berbeza pelakon dahulu dan pelakon sekarang.
Aku berpendapat drama tempatan memang ada peluang untuk pergi jauh. Cuma dari apa yang aku telitikan, drama-drama pada masa kini lebih mementingkan X-factor dari isi dan mutu lakonan. X-factor itu memang lah perlu. Siapa tak mahu melihat muka yang manis di kaca tv, tapi yang mengecewakan lagi adalah - ada rupa tapi lakonannya gagal disampaikan. Kata orang, nak menangis pun nak kena maintain lawa. (kata orang....)
Bisakah drama melayu Singapura maju dan berkembang atau tetap akan kekal pada status yang sering dipersoalkan motifnya?

Thursday, June 18, 2009

seruan.sahutan.penyertaan.

setelah hari ini, aku pulang dengan spekulasi yang membuat aku semakin yakin bahawa ada individu senang membuat penilaian cuma dengan memandang sesuatu dari satu sisi.



aku merasakan sifat itu sama dengan menghakimi sesuatu perkara dengan tidak mempunyai sifat keadilan dan lebih buruk lagi menunjukkan kejahilan individu tersebut.

'stereotyping' itu perkara biasa. aku tidak menafikan kegunaannya. cuma jika disalah gunakan sama seperti mengacu pistol di kepala sendiri.



apakah pandangan anda tentang stereotyping? adil atau tidak?

mukadimah?

sekian lama aku tidak menulis dalam bahasa melayu,kini 2009 aku cuba menguji sendiri keupayaan itu. semoga tidak beku bahasa melayu baku ku seterus ini.... Insyaallah... :)

bahasa melayu juga selalu disebut-sebut bahasa ibunda. dahulu aku pernah tertanya-tanya kenapa bahasa melayu dipanggil bahasa ibunda? apa tidak layak dipanggil bahasa ayahanda? bukan kah ayah itu seorang lelaki, sinonim dengan figur seorang pemimpin atau dalam erti kata lain wali didalam keluarga ? mungkin bahasawan atau bangsawan silam didominasi kaum wanita? aku tidak peka dengan sejarah bahasa melayu juga bukan niat aku nak menuduh. cuma jadi suatu pertanyaan. bahasa melayu sahaja? bahasa inggeris juga menggunakan sebutan yang sama. 'mother tongue'. jadi kenapa?

terus terang aku merasa seperti anak yang baru belajar menulis bahasa melayu. mungkin bukan dalam segi penggunaan bahasa itu sendiri, cuma ilham yang hendak aku sampaikan. rasanya seperti aku mengarang puisi. hahah.

mannnn this is whackkkkkkk! hahahahhahahah! ok lah not so bad rite? ;)