Thursday, June 25, 2009

anak seni singapura

Suatu ketika dulu Singapura sangat terkenal dengan anak-anak seni yang berbakat dan berkaliber. kalau kita lihat kembali filem-filem klasik waktu zaman P.Ramlee, hampir kesemua pelakon-pelakonnya mempunyai ciri dan keunikan yang tersendiri.

Contohnya, jika kita lihat lakonan Siti Tanjung Perak, menghidupkan watak didalam sesuatu cerita. Gayanya yang selamba, kata-katanya yang suka menyindir dan mimik muka yang garang, kadang pula penyayang berjaya mencerminkan sifat 'ibu-ibu' ketika itu.
Filem klasik VS Filem melayu pada hari ini ? Cuma ada dua hal yang aku fikirkan.

1) Pelakon yang berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.
2) Filem-filem yang paling disenangi orang Melayu kita dari masa ke masa.

Dari bunyinya memang lah mudah. Tapi untuk mendapatkannya, Masyaallah,memang susah.
Barisan pelakon-pelakon handal bukan sahaja dapat kita lihat pada era P.Ramlee saja.
Cuba lungsuri kembali era 90an , aku berani untuk mengatakan drama-drama melayu tempatan pada waktu itu tidak kurang hebatnya. Hebat dalam erti kata, jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakonnya yang sangat berbakat. Muka-muka yang biasa kita lihat pada waktu itu seperti Jorah Ahmad, Mahadi Syor, Azhar Norlesta, Sahfudin Mahfudz,Seri Wahyuni Jaes sering mewarnai kaca televisyen kita. Aku senang menonton drama melayu pada waktu itu kerana sepertinya pelakon-pelakon itu sangat menghayati watak yang dibawakan. Memang tidak dinafikan lagi, memang berbeza pelakon dahulu dan pelakon sekarang.
Aku berpendapat drama tempatan memang ada peluang untuk pergi jauh. Cuma dari apa yang aku telitikan, drama-drama pada masa kini lebih mementingkan X-factor dari isi dan mutu lakonan. X-factor itu memang lah perlu. Siapa tak mahu melihat muka yang manis di kaca tv, tapi yang mengecewakan lagi adalah - ada rupa tapi lakonannya gagal disampaikan. Kata orang, nak menangis pun nak kena maintain lawa. (kata orang....)
Bisakah drama melayu Singapura maju dan berkembang atau tetap akan kekal pada status yang sering dipersoalkan motifnya?

2 comments:

  1. bebual jgn mcm ye ye la!

    ReplyDelete
  2. yeye? nie bukan yeye ...ni discussion. kalau tak setuju beri pendapat. bukan comment beh tak letak nama. :)

    ReplyDelete